Want your
own Fotopage?
















 
Nuha's life journal

By: falindah padlee

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  16  17  18  [19]  >  >>]    [Archive]
Thursday, 28-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Hanya Allah yang wajib disembah

APA yang kamu sembah selain daripada Allah, hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya-kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya.
Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Dia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia.
Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. ( Yusof : 40)

Huraian

Pertanyaan Nabi Yusof a.s. kepada sahabatnya telah memberi gambaran bahawa menyembah tuhan yang lain daripada Allah s.w.t. tidak pernah dibuktikannya. Sembahan selain daripada Allah s.w.t. adalah anutan nenek moyangnya yang terdahulu.
Baginda menerangkan bahawa tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah s.w.t. dan tidak ada kuasa lain yang boleh disembah melainkan Allah yang Maha Esa.
Baginda menyeru bahawa perbuatan menggunakan kekuasaan dan kuasa memerintah untuk menyembah selain daripada Allah s.w.t. merupakan perbuatan paksaan atau memperhambakan manusia.
Ia amat jelas bertentangan sama sekali dengan seruan Nabi s.a.w. dan perintah Allah s.w.t. supaya menyembah Allah semata-mata.
Dalam semua dakwahnya juga baginda menjelaskan makna `ibadat' itu ialah tunduk dan patuh kepada setiap perintah Allah s.w.t. dan mengakui keesaan-Nya.
Manakala makna agama yang lurus dan tepat ialah menyembah Allah s.w.t. yang Maha Esa sahaja dan menjunjung segala titah perintah-Nya semata-mata.

Kesimpulan:

Perbuatan mempercayai adanya kuasa lain selain kuasa Allah yang Maha Berkuasa, adalah suatu kepercayaan yang karut dan boleh membawa kepada syirik, iaitu menyekutukan Allah s.w.t.

Oleh itu Islam menegaskan bahawa perbuatan mensyirikkan Allah s.w.t. merupakan dosa besar dan semua umat Islam diseru untuk menjauhi perbuatan tersebut.

Kalau nak letak gamba besor, just taipkan [img]http://tempat.gamba.tu.diletak/gamba.jpg[/url] kat ruang edit tu. Thu 28-Jul-2005 04:41
Posted by:brahym brahym@gmail.com  - [Link]
Pembetulan: Kalau nak letak gamba besor, just taipkan [img]http://tempat.gamba.tu.diletak/gamba.jpg[/img] kat ruang edit tu. Thu 28-Jul-2005 04:43
Posted by:brahym brahym@gmail.com  - [Link]
Memang le gamba tu takde sebab link tu kat pc saudari. Gamba tu sepatutnya kat internet contohnya cam ni [img]http://i12.photobucket.com/albums/a238/brahym/IMG_0241.jpg[/img] Fri 29-Jul-2005 05:02
Posted by:brahym brahym@gmail.com  - [Link]
Add comment


Tuesday, 19-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Malaikat jamin lindungi orang berselawat

APAKAH kita tidak cinta kepada Rasulullah SAW? Malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang yang berselawat ke atas Rasulullah.Baginda bersabda bahawa Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail telah berkata kepada baginda.

Berkata Jibril: "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail: "Mereka yang berselawat ke atas kamu, akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Berkata pula Israfil: "Mereka yang berselawat kepadamu, akan aku sujud kepada Allah dan aku tidak akan mengangkat kepalaku hingga Allahmengampuni orang itu.”

Izrail pula berkata: “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh nabi-nabi.”

Dalam satu riwayat Sufyan As Sauri menceritakan:

“Apabila bertawaf mengelilingi Kaabah, saya melihat seorang lelaki, dia membaca selawat kepada Rasulullah. “Saya mendekatinya, lalu bertanya: “Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih, tahmid dan tahlil, justeru, hanya membaca selawat? Adakah sesuatu berlaku kepada diri anda?”

“Siapakah anda ini,?” tanya orang itu. “Saya Sufyan As Sauri,” jawab saya. "Baiklah akan aku ceritakan," kata lelaki tadi.

"Katanya: "Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji. Dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian.

"Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain.

"Aku sedih sekali dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah.

"Aku terus bertafakur dan tertidur. "Dalam tidur, aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah, lagi tampan.

"Pakaiannya bersih, wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya dan aku belum mengenalinya.

"Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya, hingga dia berada di sisiku. "Ada apa kesusahanmu?" tanyanya." "Ayahku telah meninggal dunia," aku menangis.

"Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata. "Jangan menangis semua manusia mesti mati."

"Tetapi wajahnya hitam legam. Tolonglah aku," aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan.

"Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya daripada asalnya.

"Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku.

"Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian dia pun hendak kembali semula dari arah yang dia datang tadi.

"Melihat dia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini?

"Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama.

"Aku ini Muhammad," jawabnya.

"Muhammad siapa?" aku meminta penerangan lagi.

"Muhammad, Rasulullah. Akulah pembawa al-Quran," jelasnya.

"Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia.

"Inilah dia Rasulullah," aku berkata dalam hatiku, lidahku kelu, tidak berkata apa-apa pun.

"Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia dalam hidupnya, namun begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika dia mengalami hal buruk ini, dia memohon kepadaku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku" jelasnya.

"Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang berlaku dalam mimpi itu.

"Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku dalam mimpi tadi. Wajah ayahku kembali putih bersih dan bercahaya lebih daripada mulanya," kata lelaki itu.

FAKTA: Fadilat berselawat ke atas Nabi.
# Allah mengampunkan dosa mereka yang berselawat ke atas Rasulullah.
# Berganda-ganda rahmat yang dilimpahkan Allah kepadanya.
# Tempat yang berhampiran Nabi Muhammad, pada hari kiamat kelak di mana saja Baginda berada.
# Keutamaan beroleh syafaat khas daripada Nabi Muhammad pada hari kiamat.
# Doa selawat malaikat yang sentiasa berselawat kepadanya selama dia berselawat kepada Nabi Muhammad.
# Jaminan terpelihara dan terselamatnya daripada segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkannya daripada perkara dunia dan akhirat.
# Habuan yang menyelamatkan dia daripada ditimpa keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad.

thanks atas tazkirah ni. Wed 27-Jul-2005 11:03
Posted by:brahym brahym@gmail.com  - [Link]
Add comment


Friday, 15-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
**The engagement day...10.Julai.2005***

amboi senyum kambing nampak...neo & dil
Bunga rampai si bunga wangi
Buat apa tu nek...tak habis2 lagi gubahnyer
View all 32 photos...
venue: somewhere in KK
Time: In the very sunny day



falin... ampes tak bgtau aku ko dah bertunang..huhu..
anyway congrats...

kawen jgn lupa jemput wehh..
Fri 22-Jul-2005 22:26
Posted by:sato  - [Link]
..congrates falindah better late then never rite..hohoho.. Mon 29-Aug-2005 05:40
Posted by:zila
eh tunang awak tu bdk finance gak kan?name dia ape ek?anyway congrate & cepat2 kawin Tue 13-Sep-2005 03:07
Posted by:BFinUUM
View all 4 comments Add comment


Thursday, 14-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
::A day before the engagement...::

wit future family in-law....
future family in-law
aperni nek...senyumskit walaupun penat masak
View all 11 photos...
Going out,....Preparation before the engagament,.....nuthin' much to show...more pics will be showing soonnnnn...

Care to comment?


Wednesday, 13-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Barang hantaran tunang....

chocolates & sweets
kemeja
samping & kain pasang baju melayu
View all 8 photos...
Ini ialah barang hantaran sebelah pempuan...sebelah lelaki tak sempat nak shoot. hope u enjoy to watch it!....however sirih junjung and pulut kuning tak sempat nak shoot.more pics will be showing soon.....

hi man....u r hasrul...one of the participants of mencari cinta....still have free time to surf the internet...cayalah...emm...nanti kalau saya kahwin leh tempah awak....tapixconfirm agi...bagilah full address and phone num... Wed 13-Jul-2005 08:09
Posted by:falindah:Hasrul... lindahpadlee@yahoo.com  - [Link]
mak aiiii, amacam best dak jadik tunang orang
hah bila plak nak makan nasik minyak
apa2 pun tahniah la no.......
Thu 14-Jul-2005 00:30
Posted by:k.fidza
Tahniah housemate!!!! Selamat Bertunang. kahwin nanti sponsor akunyer tiket untuk ke sabah k? wah tak sabar rasanyer nak makan nasi minyak ko...bila lagi? Fri 15-Jul-2005 06:58
Posted by:anis are_nis2209@yahoo.com
View all 7 comments Add comment


Tuesday, 28-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
opis ku....

laptopku.....
desktop dan almariku....
welcome to my room
hayatilah keindahan opisku.....



Tue 28-Jun-2005 05:50
Posted by:KNizam  - [Link]
very niceeee Tue 28-Jun-2005 06:59
Posted by:HomeSweetHome  - [Link]
Add comment


Monday, 27-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
things i bought last day....

polo bag n levi's jeans n t-shirt....pokai terus wak

Care to comment?


Tuesday, 21-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
my pic

my pic
 
my pic....taken at alor setar

boleh tahan.... Tue 21-Jun-2005 05:37
Posted by:kdsayang @ mon asu80@gmail.com  - [Link]
this is my pic which i've taken during my study at uum....more pics will be showing soon... Wed 22-Jun-2005 08:04
Posted by:mawarmerah  - [Link]
akom...
akak.. bila nak cerita ngan didie pasal pengalaman menjadi tunang org? semua ok tak? all the best for both of you.
Wed 13-Jul-2005 04:06
Posted by:didie
View all 4 comments Add comment


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  16  17  18  [19]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.