|
|
| Friday, 13-Jun-2008 09:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
The time hasnt come!
|
|
Yupp..the time hasnt come..I thought it was the time to deliver, but it wasnt. I am quite nervous!
Last nite, hubby and I was watching the Amazing Race. It was about 9.30pm. Suddenly, there was water came out...Oh my god, the water is broken....I was shocked and asked hubby to feel it too..yeap to ensure that was the water.Hubby also admitted that it was the water. I, then called kak rohaiza to ask further.Yupp, kak rohaiza also said yess... My body started shivering especially my legs..It shivered without stop.I tried to call the hospital...but I couldnt. Hubby was at that time get ready with any possibilities. But for sure, as a muslim, doa is the best medicine. At this time, anytime to deliver esp first-time-mother-to-be needs to ready with any doa. Kak rohaiza always remind me to recite
Laila ah illa subhanaka inni kuntu minnasolimina
Alhamdullilah with the berakah of recite it, my body stop shivering!..seriously....
Later, I made a call at Thomson Unit....the nurse asked me to wait for the contraction, if lets say the contraction starts then i can go to hospital. If let say, the contraction does not happen, by early in the morning I must come to the hospital for check up.
For the whole nite, I was waiting for the contraction but it wasnt. By early in the morning at 8.00 am, we decided to go to the hospital. Once, we got there, I was placed at one of the room. Wow...so cosy and comfort. The nurse asked me to relax and she said there would 3 tests to be tested...Oh my God! all these tests tested to know that whether my body was ready to deliver. The first test was on my urine test, second test about to determine the vibration of my stomach and the third one test on my va****l. All these 3 tests, the third test was terrible...it was so pain..yeapp, I believe any women who used it before was felt just like me.....
As overall,
1) the doctor said that there was not any dillated on my cervix..which means no LABOUR
2) the 'waters' that come might be because of the 'extra' water from my pelvic...
3) the baby was not ready to meet his ummi and walid....
makan time..dah penatkan buat test tu...hehehehehehe..they provide food..it's fish and chips..with icecream and apricot cake..yummy2 so delicious
|
|
|
|
|
|
| Friday, 6-Jun-2008 23:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
parcel dah sampai!
|
|
terkejut awal2 pagi lagi dah ada orang ketuk pintu umah..ingat sapalah...rupa-rupanyer posmen post australia datang dah....rupa-rupanyer PARCEL dah sampai...yahooo....mak mentua hantar barang dari Malaysia. Barang baju baby, bengkung, lampin, makanan dan hadiah dari orang2 Johor. Terima kasih ah bebanyak, terharu rasa..kalau bleh hantar agi..espcially makanan...dapat keropok ganu..aduh sedapnyer bila digoreng...hubby pulak gembira sebab dapat asam pedas segera...saya tak reti sangat masak asam pedas..hari tu masak asam manis..hehehehehehe..sebab terletak gula..hubbypun makan gak tapi mulut dia kata "emmmm..sedapnyer asam manisni!"..kurang asam betul!
***************************************************************************************
Alhamdullilah, kawan saya Yuhanisah dah selamat bersalin anak lelaki. Semalam tepon dia..alhamdullilah dia sihat..dia awal 2 minggu dari saya. Sayanipun menunggu jer saat dan waktunyer..cuma berharap yang anak ummini bleh keluar waktu nenek sabah sampai. Insyaallah, emak saya akan sampai 20 Junni..jaga saya during confinement. Ayah saya bising2 sebab takde orang nak tenggokkan saya waktu berpantang. Lagipun kesian kat hubby, anak pertama mesti kekkok n gabra..betul tak yang?......anyway, again, tahniah dapat baby lelaki..its our precious..jagalah bebaik..9 bulan kat dalam perut mama dia..mesti dia dah gembira keluar tengok mama ngan papa dia.....
sowie ah anis aku curik gambo eko kat Friendster
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 31-May-2008 10:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tarra-Bulga park
|
|
Terima kasih atas sokongan kawan2 semua...rasa terharu..walaupun tak kenal secara rapat..tapi wishes semua kawan2 kat FP amatlah saya hargai..
Alhamdullilah, first stage of confirmation paper dah submit tadi (through online)..jadik harini agak boleh berehat skit...penat rasa..perah otak nak cari bahan..lagi satu hari Jumaat (semalam) references yang saya buat banyak2 hilang..itulah pasal bila edit tak nak save....waktu tu nak meletup pun ada..naseb baik bleh sabar lagi....tadi malam hubby tolong buatkan reference..Alhamdullilah dah siap..geram rasa....
***************************************************************
Ini gambar waktu pegi Tarra Bulga National Park last week. Dekat jer tempat dia dari tempat saya..lebih kurang 30minit..tapi nak ke sana Ya ampun amatlah mengerikan..apa taknyer, jalan dia berular-ular (berpusing2)..takut gak rasa...kat mana2 jer tempatni..bila dah sampai..cantiknyer tempatni..tuhan jer yang tahu!...kat tempat ni ada jambatan gantung..tapi tak kena bagi pergi..oklah..tak bagi pergi pun takpe ah..duduk ngan akak rohaiza..borak2..kebetulan akak rohaiza malas nak pi gak....so stay ngan dia tunggu yang lain pi tempat tu..satu part yang best agi ialah tarra valley..water fall...wah dengar water fall dah best dah rasa..cuma yang tak bestnyer air dia tersangatlah cetek..kata orang2 kat situ kalau air hujan banyak jer level water tu akan naik..so since takde air.maka kami just ambik gambar kat pintu masuk jer.....oklah enjoy the pictures yer.....
inilah jambatan gantung tu
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 22-May-2008 10:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BUSSyyyy
|
|
tak sedar masa berlalu dengan begitu pantas sekali..sedar2 dah nak hari Jumaat. Dan dengan tak sedar jugak next week dah bulan baru..bulan yang ditunggu2..insyaallah..mungkin akhir bulan Jun atau awal Julai, keluarlah baby dari perut ummi diani....
Lupakan dulu semua tu..yang penting masanyer akan sampai jugak..insyaallah. Minggu lepas dan beberapa minggu akan datang memang sibuk..sibuk nak menyiapkan Confirmation Paper...paperni penting untuk melayakkan saya meneruskan study di Monashni...takut sebenarnyer..iyalah kalau lulus alhamdullilah..kalau sebaliknya...adooossss, NAUZUBILLAH..apapun doakan yang terbaik untuk saya. Saya tengah berkerja keras untuk ini. Insyaallah, lepas confinement karang, saya akan presentkan paperni dihadapan 10 panels...ini lagi scary the mary..dah lah tak faham sangat slang orang OZni....takpelah yang penting cuba dulukan..tak cuba tak tau...
Ok..tak nak mengstresskan diri actually, ni gambar waktu buat tour kat ward hari rabu, hari tu. Pergh, memang best giler tempat nak bersalinnyer..cuma tak sempat nak ambik gambar..insyallah, nanti time dah sampai bolehllah hubby ambikkan..adalah lebih kurang setengah jam buat tour tu...midwife bawa touring kat semua bilik...pelik gak napa public hospital kat sini tak riuh rendah seperti kat msia...maksud saya tak ramai sangat orang yang nak bersalin...emmmmmmm pelik betul..saya dan hubby dok heran gak....oklah tak banyak gambar sangat..but enjoy jerlah gambar yang ada..lepas tengok picni..terasa badan cam 'belon' lak...hehehehehehe...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 10-May-2008 11:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
rindunyerrr
|
|
Happy mother's day untuk semua ibu and becoming ibu around the world esp
my mum in Sabah.
my mother in-law in Johor.
Mesti semua nak tau kan..sapalah kat atas tu.....
yang berbaju merah tu..of courselah me.....hehehehehhe..sebelah baju merah tu..my moyang and sebelah berbedak sejuk tu yang grandma sebelah bapa.
Info tang moyang
*berusia 101 tahun,tahun ni...
*masih boleh meilhat tapi kurang pendengaran
*seorang yang independent..
*still nak cuci kain and jemur kain sendiri,walapun kita orang nak cuci...
*tak suka rumah kotor..aduhhh kalau kotor abislah mulut dia membebel..tapi cayang kat dia...
Wishes for her:
moga unyang dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...n moga dapat melihat dan berjumpa ngan great-greatgrandchild dia (selepas cicit apa ek?..saya cicit...anak saya?......)
Info tang nenek
*berusia awal 90-an
*tak melihat dan mendengar sangat..
*lucu bila bercakap ngan dia..sebab inak (panggilan kat dia) tak reti cakap BM....jadik kalau cakap ngan Inak, bapa akan jadi translater....
*kuat marah..n suka makan ikan jer...adoss kalau takde ikan susah..mesti kena beli jugak...
*suka buat lawak
Wishes for her:
Moga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki..moga juga dapat berjumpa ngan cicit dia....cicit entah yang ke berapa ek?...
Hundreds of dewdrops to greet the dawn,
Hundreds of bees in the purple clover,
Hundreds of butterflies on the lawn,
But only one mother the wide world over.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 4-May-2008 01:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PoPiAH...
|
|
selama semingguni..cuaca asyek hujan jer..so kita orang tak plan nak pi mana2..lagi pun kat luar teramat sejuk....ada beberapa tempat kat Victoriani dah salji....SUBHAALLAH...belum waktunyer,sekarangni musim autumn...nak tengok daun berguguran cam kat TV tu amatlah jarang....in fact, kat sini, tempat saya tinggani dikategorikan sebagai luar bandar..so teramatlah sejuk..tak kira apa msim...
Jadi untuk memenuhi agenda mingguni, saya merajinkan diri untuk memasak popiah. Jumaat lepas dah pergi Dandenong untuk membeli stok ayam dan daging halal..jadik stok makanan dah banyak..apa lagi masak ah!..hubby pun dari last week asyek suruh masak popiah..oklah sebab hubby dah cravingkan popiah..saya pun masak ah....
Memasak InTinyer..
Menggulung Intinyer...
Its ready..penat seh!
sambil-sambil makan tu kita muhasabah diri..saya sempat membaca tulisan Dr Asri..di ruangan Utusan Malaysia. Saya adalah peminat Dr Asri, penulisan beliau amatlah saya kagumi...Jom kita Baca...
| Quote: | Mengapakah dunia dipenuhi yang haram?
Saya tidak pasti apa akan terjadi kepada generasi kita beberapa puluh tahun lagi. Dunia semakin tercemar. Mungkin banyak jenis haiwan dan tumbuhan yang indah-indah tidak lagi dapat mereka saksikan. Awan yang membawa asid, sungai dan laut yang bercampur toksid, hutan musnah dan udara yang tercemar, itulah kehidupan yang melingkungi mereka.
Mereka mungkin tidak akan kenal lagi apa itu keindahan alam; kejernihan air sungai yang sejuk, pohon-pohon yang menghijau indah, laut yang bersih dan udara yang segar lagi nyaman. Bagi mereka dunia ini semuanya pencemaran. Mereka mungkin tidak dapat faham apabila membaca ungkapan puisi-puisi indah tentang keindahan alam yang diwarisi dari generasi lepas. Bahkan mereka mungkin menganggap itu semua hanyalah khayalan penulis, atau sejarah yang tidak dapat berulang.
Apatah lagi untuk mereka sendiri berkarya tentang keindahan alam semulajadi. Itu hanya mungkin dilakukan jika mereka berkhayal seperti mana pelukis-pelukis hari ini berkhayal tentang alam yang penuh warna-warni seperti di negeri Fairy Topia. Itulah natijahnya apabila pencemaran telah menguasai dunia ini. Mereka kata dunia kotor. Mereka tidak tahu bukan dunia asalnya kotor, tapi manusia yang mencemarinya.
Begitulah dalam soal halal dan haram. Dunia ini asalnya dipenuhi dengan yang halal, bukan yang haram. Segala yang ada di dunia ini diciptakan untuk manusia, kecuali beberapa perkara sahaja yang dilarang sebagai ujian ketaatan kepada Allah dan untuk kebaikan manusia. Sebab itu, umpamanya jika kita mengambil sekeping kertas dan menyenaraikan makanan dan minuman yang diharamkan Allah, maka ia terlalu sedikit. Barangkali tidak sampai satu muka kertas. Namun jika kita disuruh untuk menyenaraikan perkara-perkara yang dihalalkan, tentu tidak memadai, sekalipun beberapa puluh lembaran kertas. Maka sebab itu menjadi prinsip dalam Islam bahawa “Hukum asal bagi setiap perkara atau benda adalah harus (boleh)". Bukan hukum asalnya haram. Maka berdasarkan prinsip ini, setiap makanan, minuman dan perbuatan boleh dilakukan selagi tidak ada dalil yang mengharamkannya. Bukan prinsip Islam, semuanya haram sehingga ada bukti halal. Cuma hanya dalam perkara ibadah, Islam melarang dilakukan apa-apa ucapacara ibadah sehingga adanya dalil bahawa itu diizinkan oleh nas-nas al-Quran dan al- Sunnah. Ini untuk menghalang agama rekaan dan penyalahgunaan nama Allah untuk rekaan sendiri.
Adapun dalam urusan harian, seseorang boleh makan dan minum atau lakukan apa sahaja selagi tiada bukti itu dilarang dalam Islam. Saya selalu umpamakan jika kita berjumpa dengan seekor binatang yang tidak diketahui jenisnya, tidak pula membahayakan diri jika dimakan, maka – sekalipun namanya tidak diketahui – hukumnya halal dimakan. Inilah agama yang rahmat dan mudah. Firman Allah: (maksudnya) Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? (Surah Luqman: ayat 20). Juga firman-Nya: (maksudnya) Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi”. (Surah al-Baqarah: ayat 29). Juga firman-Nya: (maksudnya) Dan Dia memudahkan untuk (kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadanya; Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaan-Nya) bagi kaum yang berfikir. (Surah al-Jathiah: ayat 13).
Maka daerah halal dalam Islam teramat-
amat luas, sementara daerah haram pula terlalu sempit dan sedikit. Jika ada pun yang diharamkan Allah seperti judi, babi dan arak adalah atas hikmah demi kebaikan manusia itu sendiri. Selain ia adalah ujian untuk melambangkan kepatuhan kepada-Nya. Setiap perkara dan perbuatan adalah dibolehkan, kecuali jika ada nas yang mengharamkannya. Sabda Nabi s.a.w.: “Apa yang Allah halalkan dalam kitab-Nya maka halal. Apa yang Allah haramkan, maka haram. Apa yang Dia diamkan maka itu dimaafkan. Terimalah kemaafan-Nya. Kerana sesungguhnya Allah tidak pernah lupa sesuatu pun”. Lalu baginda membaca firman Allah (maksudnya): “Maka tidaklah tuhanmu itu lupa” (hadis ini diriwayatkan oleh al-Hakim dan al-Darqutni, dinilai sahih oleh al-Albani).
Meneliti
Sesiapa yang meneliti nas-nas al-Quran dan al-Sunnah akan mendapati alangkah sedikitnya perkara yang diharamkan Allah dan alangkah banyaknya perkara-perkara yang Allah diamkan tanpa diberikan hukum. Itu semua termasuk dalam perkara yang dihalalkan sebagai satu kemaafan Allah untuk umat ini. Justeru, saya begitu pelik apabila ada yang menyatakan dalam Islam ini kebanyakan perkara tidak boleh dimakan, diminum dan dibuat. Saya katakan itu dakwaan yang salah. Dalam Islam ini, kebanyakan perkara boleh dibuat, dimakan dan diminum. Yang halal itu banyak, sementara yang haram pula sedikit. Adapun perkara-perkara yang diharamkan itu pula, ada gantinya yang halal yang begitu banyak. Diharamkan arak, dihalalkan begitu banyak minuman lain yang tidak memabukkan. Diharamkan judi, dibenarkan hadiah, upah dan berbagai-bagai lagi. Diharamkan zina, disyariatkan perkahwinan. Diharamkan menilik nasib, diajar kepada umat ini solat istikharah. Haramkan babi dan anjing, dihalalkan berbagai-bagai binatang yang lain yang begitu banyak. Begitulah seterusnya. Mengapakah manusia menganggap Islam ini sempit? Padahal hanya sedikit diharamkan untuk kemaslahatan manusia. Dan itupun bersama gantian. Firman Allah: (maksudnya): “Mereka yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang ummi (tidak menulis dan membaca), yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. (Surah al-‘Araf: 157).
Jika manusia merasakan Islam terlalu banyak mengharamkan, maka itu mungkin berlaku atas dua sebab. Pertama: manusia sendiri yang mencemari yang halal sehingga ia bertukar haram. Umpamanya, bersuka ria adalah dihalalkan dengan syarat tidak dicampuri perkara-perkara yang dilarang. Namun apabila unsur judi dijadikan saluran bersuka ria umpamanya, maka ia menjadi haram. Pengurusan kewangan kesemuanya halal. Namun hari ini unsur riba dan penindasan telah dimasukkan dalam banyak urusan kewangan, maka bank-bank banyak yang beroperasi secara haram di segi syarak. Nyanyian dan lagu diizinkan oleh baginda Nabi s.a.w., namun apabila diselangi dengan unsur-unsur yang buruk maka ia dilarang. Bukan Islam jumud atau sempit. Apabila kita ingin mendengar nyanyian kita sebenarnya hendak mendengar kata-kata yang indah dan bermakna. Bukan melihat pendedahan badan, atau gelagat liar, atau aksi yang pelik-pelik. Di Barat ada artis seperti Paris Hilton yang tiada apa-apa bakat yang menonjol dalam seni nyanyian atau lakonannya, tetapi menjadi masyhur kerana berjaya mendedahkan tubuhnya atau membuat aksi-aksi liar. Apakah industri hiburan kita ingin jadi seperti Barat?
Apabila saya tidak dapat menerima kehadiran artis tertentu ke Perlis bukan bererti saya menyatakan Islam mengharamkan hiburan untuk manusia. Tidak! Sama sekali tidak! Cumanya saya larang watak yang cuba dibawa mengiringi hiburan itu. Seseorang yang apabila berada di atas pentas, atau di depan lensa kamera akan terjerit, atau melompat, atau menunjuk aksi-aksi pelik, adalah lambang mempromosi ketidak matangan hidup. Sedangkan Islam menyeru kepada kematangan watak dan kewibawaan dalam hidup. Apakah ibu bapa dapat terima jika anak-anak mereka berpewatakan begitu? Ada wartawan bertanya saya: mengapakah saya yang terkenal dengan pendekatan yang terbuka mengambil tindakan memusuhi artis? Saya kata kepada mereka; saya tidak bercakap soal artis atau selain artis. Saya bercakap soal rakyat perlu dididik dengan unsur-unsur yang mampu menjadikan mereka maju ke hadapan, berwibawa dan mempunyai identiti hidup yang jelas. Bukan juga dengan lawak bodoh – walaupun dinamakan ‘raja lawak’ – yang pada saya sebenarnya melekehkan akal rakyat dan mempersendakan kematangan orang ramai. Menonton watak-watak yang seperti itu tidak membangunkan minda mahupun kehalusan seni. Biarlah lagu kita ada ‘class’, lawak kita ada ‘class’. Di samping mendengar dan berhibur, manusia mempelajari falsafah hidup, kehalusan makna dan keindahan kata-kata. Nabi mendengar nyanyian, dan baginda membuat penapisan. Dalam Sahih al-Bukhari, al-Rubaiyi’ binti Mu‘awwiz menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w datang ke majlis perkahwinannya dan mendengar beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa peperangan Badar sehingga salah seorang mereka berkata: “Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok”. Baginda bersabda: “Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu”. Baginda melarang lirik tersebut kerana itu tidak benar dan menyeleweng. Sebab, yang mengetahui apa yang bakal berlaku esok, hanyalah Allah s.w.t.
Berkesedaran
Maka yang menyebabkan banyak perkara dilarang bukan kerana Islam itu jumud, tetapi manusia yang menggiatkan aktiviti itulah yang mencemarinya. Seperti alam sekitar yang saya sebutkan pada awal tadi. Akhirnya, umat Islam hanya mengetahui itu dan ini haram, bukan kerana kesempitan Islam, tapi dek tangan-tangan manusia sendiri. Ditambah pula dengan mereka yang berkesedaran tidak berusaha mewujudkan alternatif untuk semua yang terlarang itu, sedangkan Islam sentiasa mengadakan gantian bagi setiap yang diharamkannya.
Kedua: Islam kelihatan sempit dan jumud apabila wujudnya di kalangan umat Islam kelompok yang asyik mengharamkan segala perkara. Seakan prinsipnya segala perkara itu haram, sehingga terbukti halal. Ini menyanggahi nas-nas Islam yang dinyatakan oleh Allah dan rasul-Nya. Maka apa sahaja yang dia syak terus haram, bukan sahaja untuk dirinya, tapi untuk orang lain juga. Lalu diharamkan nyanyian secara umum, diharamkan memegang anjing, diharamkan bersiar-siar, diharamkan ketawa, diharamkan barangan jenis itu dan ini atas prasangka sempit dan berbagai-bagai lagi. Lalu Islam dituduh oleh orang lain sempit, sedangkan Allah menyebut: (maksudnya) Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda- benda yang baik lagi halal dari rezeki Yang dikurniakanNya?" katakanlah: “Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang- orang yang beriman (dan juga Yang tidak beriman) Dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang Yang beriman sahaja) pada hari kiamat”. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui. Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkan-Nya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya (Surah al-A’raf: ayat 31- 33).
Sebab itu saya pernah mencadangkan dalam negara Islam seperti Malaysia, kita perlukan logo makanan haram, bukan logo halal. Kita hanya ambil tindakan kepada yang menjual makanan haram tanpa meletakkan logo haram. Sebabnya, sepatutnya dalam negara kita yang halal itulah yang banyak, sementara yang haram itu sedikit. Itu selaras dengan prinsip Islam. Maka, secara praktikalnya yang patut dilogokan adalah yang sedikit, bukan yang banyak. Jika tidak, tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada pengeluar. Maka tidak timbul isu makanan haram, atau cop haram palsu. Mana mungkin ada orang suka diletakkan cop haram secara tipu-tipu. Maka semua pengusaha akan berusaha agar mereka tidak mendapat atau diwajibkan cop haram. Lalu semua perkara akan beransur menjadi halal. Maka tidaklah terasa sempit Islam kerana setiap kali hendak makan dalam negara Islam pun asyik cari cop halal ada atau tidak. Padahal banyak yang halal, cuma belum mendapat cop. Patutnya, makanlah apapun produk selagi tidak diletakkan logo haram, maka silalah. Itulah baru namanya negara umat Islam. Jika kita hendak buat duit dengan logo halal pun, itu untuk luar negara yang bukan Islam.
Di samping kita perlu tahu, baginda Nabi s.a.w begitu luas dalam soal makanan halal ini. Sebab itu apabila kaum yang baru menganut Islam berkata kepada Nabi s.a.w: “Sesungguhnya satu kaum membawa kepada kami daging yang kami tidak tahu mereka menyebut nama Allah atau tidak? Adakah kami boleh memakannya atau tidak? Sabda Nabi s.a.w.: “Kamu sebutlah nama Allah dan makanlah” (Riwayat al-Bukhari). Maksudnya, jika kamu tidak pasti tentang hal itu, kamu boleh menyebut nama Allah semasa hendak makan dan makanlah.
Maka, ruang halal begitu luas. Jika ada yang merungut kerana Islam asyik mengharamkan itu dan ini, maka sama ada dunia telah dicemari, atau kita sengaja menyempitkan diri. |
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 27-Apr-2008 02:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sunday:Moe market
|
|
How do you pronounce MOE..is it..MO e...?...but here its pronounce as MAWI..no kidding! it true.At first, I was shocked on how they pronounce it..but later accept it.Oh ya, started from last week, we all (all Malaysian families which 5 of us) would spend time together at every weekend..of course, this is the opportunity that we won't let it go...After a week spends our day in the office, why not we spend the weekend with family rite?
Last week, us went for fishing..and this time we went to MOE..a small district in La Trobe Valley City. La Trobe Valley City consists of 4 districts which are Morwell, Traralgon, Moe, Warragul and Yarragul. All of these names are unique..yupp becos most of this place, long time ago, was occupied by Australia Oborigins....
Ok...we spent almost 3 hours at this palce. I would say it look alike a cowboy village.All the uniqueness of English-man you could see here. To entry you have to pay 1dollar. So cheap!Taking pictures here and there...not to forget, most of the villagers sell their handmade things here...I could see some of them knitting clothes, making colourful handmade cards...and many more. I bought two cards for Mother's day..so beautiful and neatly in the way they decorate the cards. Someday, I would show you the card. Haven't taken the pic of the cards yet. so lazylah me!
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 19-Apr-2008 05:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
go fishing
|
|
Harini lambat bangun skit, ingat nak tido lama..tup..tup..kul 8.05am, akak Rohaiza call.
Akak: Dah bangun?
Me: Baru jer bangun akak..hehehehehe
Akak: Kita nak tengok orang pancing, nak ikut?
Me: betul ke akak?
Akak: Iyer betul....
Me: Ek, kalau cam tu ok
Akak: Siap-siap, lepas terus pi sini..makan breakfast skali
Yehooooooo..gembira bukan apa..malas nak buat breakfast..hampes jer kan!
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 12-Apr-2008 04:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
penatnyer...
|
 |
|
cik ummie..yg msk nasik lemak sodap!
|
|
 |
|
the kampung vic team
|
|
 |
|
eerrrkkk......donno what they dissusing
|
| | View all 18 photos... |
|
mingguni memang terasa penat sangat..started dari last sunday hantar hubby main football hinggalah ke semalam (friday). Sepanjang minggu sebelum tu dah duduk kat pejabat whole day nak siapkan keje yang diarahkan..alhamdullilah siap!..jadik jalan pun tak serba slah...On sunday tu, ada 2 events lagi pergi. Of course yang paling penting pegi hantar hubby main football. Tapi tak spent whole day tengok dia main, sebab lepas hantar dia ke padang terus ke Malaysia Hall. Ada sambutan Maulidur Rasul. Yang bestnyer boleh makan nasi minyak! dah lama teringin makan nasi minyak. Isteri ustaz razak yang masak.Memang sodap ah! sehingga menjilat jari. Balik jer dari Melbourne terus rasa penat sangat. kebetulan plak mingguni kena jumpa Midwife. I was suspected ada kecing manis....adosss geramnyerrr..haritu dah lah dapat darah tinggi! sabar jer...tapi on the second test takde plak...macam2 jer ah.so semalam pi dandenong sebab apply permit keje untuk hubby. Besides, kita orang pi beli-belah barang groceries..kat sini murah and banyak pilihan untuk asian. Kita orang pergi tiga keta dengan family massing2. Siap sesat kat mana2 entah!...hubby nyer mulut membebel lah........heheheehehe...
with hubby di padang bola
hubby dapat third place..oklah kan..daripada tak dapat langsung..go orange vic!
********************************************************************************
di Malaysia Hall...
Mira..adik comel yang menarik perhatian ibu2 di situ dengan celotehnyer
********************************************************************************
di dandenong
|
|
|
|
|
|
| Friday, 4-Apr-2008 06:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MR MUM....sounds interesting?...
|
|
with his wifelah konon....
formerly Ms. Lagondino -- is a transgender person, born female, who had his outward features medically altered to achieve a more masculine appearance but kept his reproductive organs intact. He claims he became pregnant five months ago via artificial insemination. Some folks have expressed skepticism, and even one of Beatie's own neighbors in Bend, Oregon has been quoted as saying he suspects the pregnancy is a hoax. According to an obstetrician interviewed on "Good Morning America," however, transgender males can indeed become pregnant. Word has it Mr. Beatie will reveal ultrasound pictures on the Oprah Winfrey Show on Thursday, April 3 to prove he really is having a baby
My comment:
simply....laugh,funny,insane,unnatural....stupid, SERIOUSLY..and simple conclusion is that:her natures of a woman is still there. what on earth, she could label herself as a man.she is a woman,biologically. Might be bacause, she already bored with her gender then transfer herself to a man. I can't accept this article...saying that she is a man!..stupid. At first, when I read this article, I thought, wow really?..a man can pregnant?...that's must be something wrong..ya,of course! when a man can pregnant meaning that the world is at its end..true right?nauzubbillah...so what's your comments then....
|
|
|
|
|